1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Selalunya orang alim je yang amik wuduk walaupun di mana dia beradakan ???Tapi jiwa kita akan lebih tenang dari biasa bila kita sentiasa dalam keadaan berwuduk atau sebelum melakukan sesuatu kerja.
2. Perbanyakkan membaca AL-Quran
Bagi seorang muslim, membaca Al-Qur'an merupakan satu keistimewaan yang telah diperturunkan oleh Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan satu mukjizat 'hidup' untuk umat akhir zaman kerana didalamnya terkandung sejuta rahsia dan pedoman. Ia juga memberikan kedamaian dan membolehkan kita memohon keredhaan dari Allah Taala.
3. Banyakkan berdoa kepada ALLAH
Semua orang umat ISLAM tahu kan yang ALLAH telah berpesan jangan menyambah selain daripadanya. Kita seharusnya berdoa hanya kepada ALLAH yang maha ESA. Wakatu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat. Tapi ini tidak bermakna yang kita hanya berdoa pada malam Jumaat sahaja, kita seharusnya terus-menerus berdoa kepada ALLAH.
4.Bersangka baik dengan Allah
Kadang-kala kerana terlalu berat stress yang kita rasakan, kita akan bersangka buruk. Kita menuduh qadar dan qada kita, kita membenci diri kita sendiri dan merasa kesal dengan peristiwa yang berlaku. Semuanya itu adalah ujian daripada ALLAH yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba ALLAH. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan ALLAH dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
5. Cintai Diri Sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
6. Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
7. Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Yang ni kita pernah belajar dalam matapelajaran Sivik kan???Kita perlu mempunyai satu sikap yang
dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh
melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah
yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan
diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Sekian terima kasih.
Credit: @
-HS-
-HS-
GUNA KAEDAH INI OK
Tweet







No comments:
Post a Comment
Komen Sini Ok ^_^