Sunday, March 31, 2013

- About ME -








Saya berasal dari Bumi. Saya berumur 14 tahun dilahirkan pada 29.7.1999 . Saya tinggal di Sungai Petani , Kedah. Belajar di SMK Bakar Arang. Lahir di Alor Setar, Kedah . Saya lahir tepat jam 9:50 pagi. Tinggal di Malaysia *ofcourse* . "IM ISLAM AND IM NOT A TERRORIST"





                 SEKARANG ANDA KENAL ^_-



Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Kenapa rezeki susah nak masuk

Assalamualaikum kawan-kawan, selalu orang sedih kerana rezeki susah nak dapat.... in mungkin sebab-sebabnya....


1.Berkira untuk membantu 

Kadang-kadang mungkin anda berkira sngat untuk membantu dalam  memudahkan hal yang baik .


2.Berkira untuk bersedekah

Ramai orang zaman sekrang ni berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.Tapi walaupun seringgit mampu memberi ganjaran yang banyak .


3.Banyak berbuat maksiat

Setinggi mana pun kita kerja dan pangkat, kalau banyak berbuat maksiat pasti ALLAH akan menarik segala rezeki yang datang kepadamu.


4. Tidak bersyukur

Tidak bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri .


5. Gemar mengukit pemberian

Selalu mengukit dengan pemberian oleh ALLAH S.W.T


 Ini mungkin sebab-sebabnya rezeki susah nak datang........... Banyak-banyakkan seolah dan beristighfar... semoga rezeki kita melimpah... Amin.
Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Saturday, March 30, 2013

- Pantun Pesanan -



Malam-malam macam ni biar buat pantun pesanan kan??
                                          Dalam kolam ada berudu,
                                            Dalam hati ada rindu,
                                         Jangan perasan atau terharu,
                                           Bukan juga nak bilang I Love You,
                                 Tapi nak pesan sebelum tidur kencing dahulu.
Sekian Terima kasih,
-HS-
                                              
                                        SELAMAT MALAM ^_^  

Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Friday, March 29, 2013

- 7 KAEDAH SEORANG MUSLIM TANGANI STRESS -

Assalamualaikum kawan-kawan....Sekarang ni mesti banyak readers yang tengah stress kan, kena banyak baca buku ,buat kerja sekolah dan masala keluarga or somebody else. Nie kamek nak Share kaedah untuk tangani STRESS....


1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Selalunya orang alim je yang amik wuduk walaupun di mana dia beradakan ???Tapi jiwa kita akan lebih tenang dari biasa bila kita sentiasa dalam keadaan berwuduk atau sebelum melakukan sesuatu kerja.




2. Perbanyakkan membaca AL-Quran

Bagi seorang muslim, membaca Al-Qur'an merupakan satu keistimewaan yang telah diperturunkan oleh Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan satu mukjizat 'hidup' untuk umat akhir zaman kerana didalamnya terkandung sejuta rahsia dan pedoman. Ia juga memberikan kedamaian dan membolehkan kita memohon keredhaan dari Allah Taala.






3. Banyakkan berdoa kepada ALLAH

Semua orang umat ISLAM tahu kan yang ALLAH telah berpesan jangan menyambah selain daripadanya. Kita seharusnya berdoa hanya kepada ALLAH yang maha ESA. Wakatu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat. Tapi ini tidak bermakna yang kita hanya berdoa pada malam Jumaat sahaja, kita seharusnya terus-menerus berdoa kepada ALLAH.



 

4.Bersangka baik dengan Allah


Kadang-kala kerana terlalu berat stress yang kita rasakan, kita akan bersangka buruk. Kita menuduh qadar dan qada kita, kita membenci diri kita sendiri dan merasa kesal dengan peristiwa yang berlaku. Semuanya itu adalah ujian daripada ALLAH yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba ALLAH. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan ALLAH dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

5. Cintai Diri Sendiri 

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


6. Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


7. Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Yang ni kita pernah belajar dalam matapelajaran Sivik kan???Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Sekian terima kasih.
Credit: @

-HS-
                                   GUNA KAEDAH INI OK    


Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Thursday, March 28, 2013

- Zaman persekolahan -

Dulu aku bertadika di Tadika Kemas. Hmmmm,,, masa tu memang tak kenal sangat kawan2. Tapi aku boleh kenal merekabila tengok gambar. Tapi, jeng3* Semua dah besar sekarang. Rasa pilu jugak la sbb semua kawan-kawan masa tadika mcm tak kenal dah :') .


 Masa tahun 2006, Aku bersekolah dekat Sk ST.Xavier Cawangan di jalan Pulau Tikus, Pulau Pinang. Aku masih lagi ingat kawan-kawan aku yang baik-baik belaka *Kononya* kat sana.Aku amik UPSR pada tahun 2011, Aku nie nak blajar sungguh-sungguh sbb nak buktikanlah kat skolah yang aku nie boleh dpt 5A *konon* ^_^. Tapi malang hanya dapat 3A 2B je. Tapi dapat jugak Calon Pelajar cemerlang sbb aku bergiat aktif dalam kokurikulum dah pernah mewakili sekolah untuk pertandingan badminton. Cikgu yang aku suka ialah Cikgu NorDalila. Cikgu nie memang sporting, baik and pemurah. Aku masih ingat lagi kenangan manis aku di sekolah tu.Saya ingin mintak maaf dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu2 and to all my friend.

Jangan anggap sekolah nie x dew pelajaran agama ^_^. Sekolah nie sekolah yang terkenal kat Pulau Pinang yang terletak berdekatan Padang KOTA. Aku sekolah kat sini masa Form 1 tahun 2012. Aku masih ingat lagi BestFriend aku Kat Penang tu. Rasanya macam nak pulang je kat Penang. Tapi terpaksa berpindah ke Sungai Petani kerana ayah kerja di sana. Aku paling suka masa ''Hari Kantin''. Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat masa tu. Memang best sangat,boleh ronda2 dengan kawan2. Kenangan manis kat sana memang tak boleh dilupakan. Ty u all ... sebab pernah menggembirakan aku.

Sekarang , aku bersekolah di SMK Bakar Arang , Sungai Petani. Sekolah tu memang best la... sbb suma kawan-kawan aku sportin ^_^. Tapi 3 bulan dah, ade kenangan pahit dan manis di sekolah nie. Aku x boleh lupakan kenangan tu sebab memang susah untuk dilupakan.. Cikgu yang paling lawak sekali dalam kelas aku ialah Cikgu Nazri, klau sekali die masuk kelas tak buat lawak memang x sah. Entah sampai bila nak bersekolah di situ. Ty kepada semua yang pernah hadir di dalam hidup saya...

-HS-



Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Wednesday, March 27, 2013

- Pantun 2 Kerat -



Pergi kedai beli mainan,
Assalamualaikum kawan-kawan.
 
Tolong ibu kerana pitam
Jawablah Waakaikumusalam.
 
Kalau senang, pinjamkan wang,
Selamat Petang!!
 
Pergi bilik,mencari buku,
Jangan lupa solat dulu.
 
Pergi sekolah , mencari ilmu,
Buku kena baca selalu.
 
Kerana main, badan letih
Sekian Terima Kasih. :) 
 
 
Ok Tak??? ^_^

Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright©Semua kandungan di atas adalah hak milik http://hisyamstorydotcom.blogspot.com