Monday, April 1, 2013

- Tips Khusyuk Dalam Solat -

Assalamualaikum, kawan yang tengah membaca Ni, Syam nak kongsi sikit rahsia mcam mana nak khusyuk di dalam solat kita nie. Banyakkan gangguan-gangguan bila kita solatkan?? ade jew gangguan yang akan datang so jom ikut tips-tips nie.

                                               


1)  Menjaga makanan, minuman dan pemakaian.

Khusyuk itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya   daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain hendaklah datang dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah.

 Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.”  (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Membersihkan diri

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3) Wudhuk yang sempurna

Sudah semestinya kan kita perlulah mempunyai wudhuk yang sempurnakan....

Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.”  (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)

4) Memakai pakaian yang kemas


Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

5) Jangan solat ketika lapar

Kebanyakan orang selalu solat ketika lapar, tapi kita seharusnya makan dahulu sebelum solat tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan solat.
 Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)


6)  Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.

Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “…dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)

7) Pilih tempat yang sesuai dan tenang

Pilihlah tempat yang tenang, selesa , tidak bising dan matikan telefon bimbit ketika solat supaya tidak menggangu ketika kita solat. 

Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan solat di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma: “Bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menegah mendirikan solat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.”  (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

 8)  Solat Di Awal Waktu
Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

Sekian Termia kasih,
-HS-


                              Guna Tips-Tips Nie Ok 



Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

No comments:

Post a Comment

Komen Sini Ok ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright©Semua kandungan di atas adalah hak milik http://hisyamstorydotcom.blogspot.com